Thursday 6 November 2008

>

Tangani Krisis Ekonomi

Baca Lagi...

Friday 12 September 2008

>

KHASIAT PISANG



Buah Pisang selain enak untuk dimakan sehabis makan makanan pokok, buah khas tropis ini ternya memiliki manfaat manfaat yang banyak sekali untuk kesehatan tubuh.

Manfaat Pisang antara lain :
1. Sumber tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terdapat di buah tersebut diubah menjadi sumber tenaga yang bagus secara cepat, dan itu bagus dalam pembentukan tubuh, untuk kerja otot dan sangat bagus untuk menghilangkan rasa lelah..

2. Untuk ibu hamil
Pisang juga disarankan para wanita hamil karena mengandung asam folat, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan terlalu berlebihan, sebab satu buah pisang mengandung sekitar 85-100 kalori.


3. Penderita Anemia
Dua pisang yang dimakan oleh pasien anemia setiap hari sudah cukup, karena mengandung Fe (zat besi) tinggi.

4. Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampur susu cair (atau dimasukkan dalamm segelas susu cair) dapat dihidangkan sebagai obat dalam kasus penyakit usus. Juga dapat direkomendasikan untuk pasien sakit perut dan kholik untuk menetralkan keasaman lambung.

5. Baik bagi penderita lever
Penderita penyakit lever bagus mengonsumsi pisang dua buah ditambah satu sendok madu, akan menambah nafsu makan dan membuat kuat.

6. Manfaat bagi luka bakar
Daun pisang digunakan untuk pengobatan kulit yang terbakar dengan cara dioles, campuran abu daun pisang ditambah minyak kelapa mempunyai pengaruh mendinginkan kulit.

7. Manfaat bagi diabetes
Pada masyarakat Gorontalo (Sulawesi Utara), jenis pisang goroho yang belum matang yang dikukus dan dicampur kelapa parut muda, merupakan makanan tambahan bagi orang yang menderita penyakit gula.

8. Kecantikan wajah
Bubur pisang dicampur dengan sedikit susu dan madu, dioleskan pada wajah setiap hari secara teratur selama 30-40 menit. Basuh dengan air hangat kemudian bilas dengan air dingin atau es, diulang selama 15 hari.

9. Mengatur bobot badan
Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan seperti juga untuk menaikkan berat badan. Telah terbukti seseorang kehilangan berat badan dengan berdiet 4 (empat) buah pisang dan 4 (empat) gelas susu non fat atau susu cair per hari sedikitnya 3 hari dalam seminggu, jumlah kalori hanya 1250 dan menu tersebut cukup menyehatkan.

10. Mengobati Maag
Daging buah pisang dapat melapisi dinding-dinding lambung dan usus sehingga berfungsi menjadi lapisan anti radang. Dalam The Food Pharmacy oleh Jean Carper, disebutkan pisang adalah makanan mujarab bagi penderita maag. Kandungan pektin yang tinggi dalam pisang dapat melindungi selaput lendir lambung terhadap pengaruh asam lambung

11. Mengobati Tekanan Darah
Bagi penderita tekanan darah tinggi, pisang baik untuk dikonsumsi. Sebab pisang mengandung potisium tinggi yang berguna bagi orang yang harus melakukan diet rendah garam.

12. Menyeimbangkan Fungsi Jantung
Kalium pada pisang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

13. Mengurangi Tingkat Depresi
Protein trypotophan, sejenis protein yang dapat diubah oleh tubuh mejadi serotonin yang dimiliki oleh pisang, mampu membuat orang menjadi lebih santai dan bahagia. Posatium dalam pisang mampu membuat detak jantung lebih stabil sehingga oksigen yang dipasok ke otak tetap stabil.

14. Mengurangi Rasa Muall
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari tak ada salahnya memakan pisang sebagai camilan. Kandungan gula alami yang tinggi bisa mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual
.. Baca Lagi...

Wednesday 10 September 2008

>

HARI KOKURIKULUM SMKGS 2008


Johan Gubahan Buah-Buahan Tempatan Pergerakan Puteri Islam Malaysia Baca Lagi...

>

Sejarah SPM

Tips ulangkaji dan soalan percubaan spm Tahun 2005
Struktur
- Kerajaan Agraria dan Maritim
- Hijrah
- Penentangan pemimpin tempatan terhadap British
- MSC / ICT / K –Ekonomi

Esei
- Kemajuan ekonomi dalam Tamadun China / Senibina
- Sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian / Akta Pekerja
- Konsep Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka
- Prinsip pembentukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
- Faktor pembentukan Malaysia/ Isu yang dikemukakan oleh parti politik Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia..
Tahun 2006
- Kejayaan Kerajaan Turki Uthmaniyah
- Penerokaan dan Penjelajahan ke Timur
- Konsep Negeri dalam masyarakat Melayu Tradisional / pembentukan Bangsa Malaysia
- Maksud ICT / K- masyarakat / Cabaran K-Ekonomi
- Kerajaan Angkor sebagai Kerajaan Agraria / Peranan Raja
- Perkembangan Perdagangan di Tanah Melayu ( Melaka ) / Percukaian di Melaka
- Faktor penggerak nasionaliosme di Tanah Melayu / Perjuangan Kaum Muda
- Usaha-Usaha menjayakan Pakatan Murni
- Kejayaan Parti Perikatan dalam pilihanraya dan pelaksanaan Pakatan Murni
- Rancangan Pembangunan dari 1966- 1969 / faktor kemajuan perindustrian dalam Rancangan Malaysia Keempat.


Tahun 2007
- Aktiviti Tamadun Hwang Ho
- Renaissance / maksud / Tokoh/ Kesan Politik
- Revolusi Thailand 1932 / Peranan Phibul Songram
- Perjanjian Malaysia 1963 / Akta Malaysia 1963
- Ciri-Ciri Kerajaan Agraria / Saling Bergantungan
- Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara / peranan pedagang / pengaruh Islam dalam aspek pemerintahan
- Sebeb-sebab penentangan pemimpin tempatan terhadap British/ penentangan Dato Bahaman / iktibar
- Ciri-Ciri Negara Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka / Warisan Kesultanan Melayu Melaka / pemerintahan di Negeri Sembilan
- Sumbangan Malaysia dalam PBB / Kerjasama ASEAN / Faedah Malaysia anggotai Bank Dunia
. Baca Lagi...

Tuesday 9 September 2008

>

Sejarah Nombor

Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain -- penciptaan simbol 'kosong' mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.

Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.

Sebelum dipopularkan al-Khwarizmi, Ifrah menyebut, beberapa nombor kosong di tulisan-tulisan pada batu ditemui antaranya prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).

Dr Mohammad Alinor berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul dan keterangan Ifrah ini bermungkinan telah lama diketahui oleh seorang penyelidik sejarah China, Joseph Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).

"Needham menyatakan bahawa simbol '0' sebenarnya dihasilkan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap '0' sebagai tempat kosong," katanya kepada mStar Online hari ini.

Selain itu, tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut di satu seminar sejarah sains di Eropah pada 1975 bahawa "simbol 0 yang direkodkan dalam prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yang direkodkan oleh al-Khwarizmi."

Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang pendidikan matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut "etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim."

Beliau berhujah lagi, sebelum al-Khwarizmi, "ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0."

Dr Mohammad Alinor antara sekumpulan kecil pensyarah matematik Malaysia yang membahaskan perkara ini, sementara rata-rata ahli akademik dan media tidak memperkatakannya walaupun kajian awal pernah dibentangkan beberapa kali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kumpulan ini termasuklah Prof Dr Shaharir Mohamad Zain yang kini mengajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Abdul Latif Samian (UKM), Prof Datuk Dr Abdul Razak Salleh (UKM), Dr Mat Rofa Ismail (Universiti Putra Malaysia) dan beberapa pelajar mereka.

Dihubungi mStar Online hari ini, Dr Shaharir berkata beliau sendiri mula membentang tentang hipotesis penemuan nombor 'kosong' di alam Melayu pada 1997 dan 1998, termasuk di luar negeri. Makalahnya yang membincangkan perkara ini "A Note on the Decimal System" diterbitkan dalam Humanistic Mathematics Network Journal pada 2001.

Beliau kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak gemar menggali sejarah pencapaian budaya dan keilmuan dalam tamadun mereka sendiri, mengulangi rungutan Dr Mohammad Alinor
. Baca Lagi...

DOWNLOAD VIDEO

Download youtube Video
---SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI----
Falsafah : Buat apa yang betul dan bukan siapa yang betul

JAGA BLOG

Powered By Blogger

Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com Original from cypherhackz.net