Tuesday 9 September 2008

>

Sejarah Nombor

Bagaimanapun pensyarah matematik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Mohammad Alinor Abdul Kadir, mengemukakan satu hipotesis lain -- penciptaan simbol 'kosong' mungkin bermula di alam Melayu selewat-lewatnya pada 580.

Beliau bersandarkan hujah beberapa pengkaji, termasuk karya yang banyak dibahaskan The Universal History of Numbers (terbit 1998) oleh Georges Ifrah, terjemahan edisi Perancis Histoire Universelle des Chiffres pada 1981.

Sebelum dipopularkan al-Khwarizmi, Ifrah menyebut, beberapa nombor kosong di tulisan-tulisan pada batu ditemui antaranya prasasti tembaga Sankheda di India pada 594, Trapaeng Prei di Kemboja (683), Kedukan Bukit, Sumatera (683), Kota Kapor, Sumatera (686), Dinaya, Jawa (793), Po Nagar, Vietnam (813) dan Bakul, Vietnam (829).

Dr Mohammad Alinor berkata, bukti-bukti tambahan yang beliau kumpul dan keterangan Ifrah ini bermungkinan telah lama diketahui oleh seorang penyelidik sejarah China, Joseph Needham dalam bukunya Science and Civilisation in China (1959).

"Needham menyatakan bahawa simbol '0' sebenarnya dihasilkan di bahagian timur tamadun India, iaitu bahagian yang paling hampir dengan China yang menganggap '0' sebagai tempat kosong," katanya kepada mStar Online hari ini.

Selain itu, tambahnya, seorang ahli matematik Zakov pernah menyebut di satu seminar sejarah sains di Eropah pada 1975 bahawa "simbol 0 yang direkodkan dalam prasasti-prasasti dari kepulauan Melayu lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim yang direkodkan oleh al-Khwarizmi."

Dr Mohammad Alinor berkata, seorang profesor pelawat dalam bidang pendidikan matematik di UKM, Frank J. Swetz pada 1979, pernah menyebut "etnik Batak di Sumatera memiliki sistem angka merangkumi 0 yang lebih tua usianya daripada yang terdapat dalam sistem angka Hindu-Muslim."

Beliau berhujah lagi, sebelum al-Khwarizmi, "ada 17 maklumat dalam tamadun Melayu berbanding tujuh maklumat dalam tamadun India yang memiliki simbol 0."

Dr Mohammad Alinor antara sekumpulan kecil pensyarah matematik Malaysia yang membahaskan perkara ini, sementara rata-rata ahli akademik dan media tidak memperkatakannya walaupun kajian awal pernah dibentangkan beberapa kali di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kumpulan ini termasuklah Prof Dr Shaharir Mohamad Zain yang kini mengajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Abdul Latif Samian (UKM), Prof Datuk Dr Abdul Razak Salleh (UKM), Dr Mat Rofa Ismail (Universiti Putra Malaysia) dan beberapa pelajar mereka.

Dihubungi mStar Online hari ini, Dr Shaharir berkata beliau sendiri mula membentang tentang hipotesis penemuan nombor 'kosong' di alam Melayu pada 1997 dan 1998, termasuk di luar negeri. Makalahnya yang membincangkan perkara ini "A Note on the Decimal System" diterbitkan dalam Humanistic Mathematics Network Journal pada 2001.

Beliau kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak gemar menggali sejarah pencapaian budaya dan keilmuan dalam tamadun mereka sendiri, mengulangi rungutan Dr Mohammad Alinor
.

DOWNLOAD VIDEO

Download youtube Video
---SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI----
Falsafah : Buat apa yang betul dan bukan siapa yang betul

JAGA BLOG

Powered By Blogger

Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com Original from cypherhackz.net